BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 14, 2014

KEHILANGAN MH370 2014

Seluruh dunia dikejutkan dengan berita dari Malaysia mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 pada awal pagi 8 Mac 2014..
Kehilangan masih menjadi tanda tanya sehingga kini yang sudah menjangkau tarikh 14 Mac 2014..

Sabtu itu,
Aq tak tahu apa yang jadi, awal pagi pergi kerja 1st day dan buat kerja macam biasa. tak ambil tahu apa2 langsung. Tengaharinya aq sibukkan diri untuk majlis keluarga di Kampung Pasir. Semua saudara sebelah ibu akan berkumpul disitu, Balik kerja tu aku buat persiapan dan habiskan hari dirumah saudara. Petang tu baru aku lihat berita kejadian, cousin aq sibuk online untuk ambil tahu maklumat terkini. Dalam keseronokan aq berkumpul dengan semua saudara rupanya ada yang bersedih atas kehilangan saudara dan kenalan mereka.

Percaturan hidup memang sukar dijangka.
Harus percaya akan Qada dan Qadar dari Allah s.w.t.
Bahawa kegembiraan haruslah sementara dan tidak akan berpanjangan.

Aq tersentuh atas berita itu. Agak bersyukur kerana tiada saudara dan kenalan yang terdekat terlibat.
Namun kesemua mangsa adalah manusia, dan mereka turut merupakan saudara kita.
Hanya kiriman doa dapat aku sampaikan kepada mereka yang terlibat.

Namun aku mencari maklumat mangsa dengan mendapatkan akhbar dan mendengar berita di tv.
Kerana jauh disudut hati, ada sepotong nama hamba Allah s.w.t yang aq cari. Semoga dia juga terhindar dari kejadian yang tragis ini. Dan sekali lagi aku melepaskan nafas lega.

Banyak spekulasi yang timbul.
Banyak kes yang diungkit.
Banyak pihak yang terlibat.
Banyak isu yang dipertikaikan.

Namun yang penting usaha dan doa dari semua pihak.
Terima kasih bagi pihak yang membantu.
Kepada negara luar yang memberi aset mereka dalam misi pencarian.
Semoga Malaysia sentiasa dilindungi.
Kerana yang terjadi diharapkan ada hikmah dan semoga terhindar dari kesulitan.

Semoga keluarga, saudara dan mereka yang aku kenali dipanjangkan umur dan diselamatkan dari kejadian yang tragis. Tak dapat aq bayangkan andai aq berada di tempat mereka yang merasa kehilangan ini.

Ya Allah, Kau kuatkan hati keluarga mereka, kau cekalkan iman mangsa-mangsa MH370. Walau apa pun yang terjadi Ya Allah, kami perlu redha. Kuatkan hati kami waktu engkau membuka apa yang kau tutup itu kelak. Kuat kan hati kami untuk menerima berita itu samada ia baik atau lagi menghampakan. Tabahkan hati keluarga mereka. Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terjadi dilangit dan dibumi.
Amin Ya Allah.






0 ulasan: