Bercinta memang indah kan,,
Sampai kau abaikan semua di sekeliling kau,,
Kau dan dia janji itu dan ini,, rancang sana dan sini,,
Mahu sehidup semati..
Tiba - tiba datang dugaan yang kau tak pernah terfikir dan terlintas pon,,
Datang seorang budak,, mengaku yang dia cari ayah dia dan teman lelaki kau tu ayah kandung dia,,
Tu baru budak tu yang datang,, belum lagi seorang wanita datang cari dan suruh teman lelaki kau bagi nafkah kat dia dan anak teman lelaki kau tu hasil dari kesilapan masa lalu..
Lagi pilu jika hubungan mereka dahulu bukan dari perkahwinan yang sah.
Rupanya ada kisah silam yang tak pernah terungkai,,
Kisah yang dah lama dipendam dan dirahsiakan..
Tu pun kau dan teman lelaki belum berkahwin,, macam mana pula kalau dah berkahwin..
Persoalannya disni,,
Nak kau terima berita itu sebulatnya?
Nak kau terima wanita dan anak itu dalam hidup kau?
Nak kau serah kan teman lelaki pada yang lebih berhak?
Nak kau lepaskan teman lelaki?
Nak kau maafkan teman lelaki?
Dan yang lebih penting sekali,,
Nak kau terima lagi teman lelaki dan di jadikan suami di dunia dan syurgawi kelak?
Semua orang pernah buat silap,,
Tu baru kisah si lelaki,,
Belum kisah perempuan yang kalau berahsia lagi memakan diri dan memilukan hati suami atau pasangan.
Aku faham,,
Masing - masing pasti ada rahsia dan kekurangan dan kelemahan pada diri,,
Kata-kata dan janji yang seterusnya tu yang sepatutnya di tunai dan diikuti,,
Kalau itu kisah silam,,
Dan si dia cuba untuk melupakannya dahulu,,
Kau kena tahu itu semua bersebab,,
Tak kan ada keputusan jika tiada sebab yang diambil,,
Ya, dia tidak bertanggungjawab,,
Lepas apa yang dia dah buat dulu kenapa dia tak bertanggungjawab keatas wanita dan anak itu,,
Malu? Takut?
Apa dia bodoh.. wanita itu yang menanggung semua,, rasa malu dan takut itu,,
Lelaki tiada apa.. ya tiada apa..
Memang kejam jika ternyata ia betul dan bukan fitnah jika teman lelaki mu terus megabaikan apa yang dia perlu pertanggungjawabkan,,
Jika begitu perlakuannya,,
Masihkah engkau mahu pertahankan dirinya untuk terus berada disisimu,,
Menjadi yang terbaik buat mu,,
Menjadi ayah kepada anak- anak mu kelak..
Kau silap.. Ya kau silap sama sekali..
Allah SWT bagi si teman lelaki peluang untuk bertaubat, berubah setelah apa yang disembunyikan telah terlihat,, kini bukan dahulu,, ia kini,, sekarang..
Tapi teman lelaki tidak memilih jalan itu,,
Ternyata dia tidak akan berubah dan tidak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab sehingga bila-bila.
Aku amat jamin akan itu.
Jika kau masih menginginkan dia untuk menjadi suami mu,,
Aku risau jika kau dan anak-anak kau akan diabaikan kelak.
Namun,,
Andai teman lelaki sedar silapnya dahulu,,
Dia memilih untuk bertanggungjawab keatas anak itu dengan memberi nafkah,,
Walau dia tidak memilih wanita itu untuk dijadikan isteri,,
Tidak salah jika kau memberinya peluang untuk terus berada didalam hati engkau..
Semua pernah melakukan silap,,
Ingat,,hari ini kisah dia yang terbuka,,
Mungkin kelak kisah kau yang akan terbuka,,
Sikap pemaaf akan dibalas dengan maaf juga,,
Jika cinta dihati mu masih ada untuk teman lelaki,,
Terima dia, maafkan dia dan pertahankan cinta kalian..
Bagi aku,,
Berubah yang dimaksudkan adalah jika dia tidak seperti dahulu,,dahulu yang hatinya keras, dirinya yang tidak bertanggungjawab, hidupnya jahil dan imannya nipis..
Berubah itu adalah tidak melakukan perkara yang negatif seperti dahulu,,
Tetapi sikapnya berubah kepada yang bertentangan dengannya iaitu lebih positif.
Kau perlu maafkan orang yang sebegitu dan tidak salah untuk memberikan peluang yang kedua..
Kerana aku tahu,,suatu hari nanti kau juga memerlukan peluang yang kedua itu.
Wednesday, March 5, 2014
Lelaki ini..
Dicatat oleh cik_nieza_zaidi di 9:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ulasan:
Post a Comment