SEGI TIGA
Dapat kau bayang kan gambarajah segi 3 itu?
Dapat kau lihat siapa yang mengelilingi segi 3 itu?
Kau rasa jumlah mereka bertiga?
Bertiga kan yang kau bayang kan?
Di setiap penjuru?
Logik akal yang orang fikir bila cinta bersegi-segi ni cuma tiga orang,,tiga pihak,,tiga hati..
Ya semuanya TIGA..
Tidak,,kau silap,,
Pernah kau lihat ada apa di tengah-tengahnya?
Pernah kau perhati siapa ada di tengah itu?
Pernah kau fahami mereka yang ada ditengah?
Yang ditengah bukan dikalangan yang bertiga..
Yang ditengah itu bukan mereka yang berada di segi..
Yang ditengah tetap ditengah..
Si Tengah Cinta Segi
Siapa tahu hati dan perasaan Si Tengah,
Si Tengah menyimpan pelbagai rasa,,pelbagai rahsia,,
Tak pernah Si Tengah terfikir untuk berada ditengah-tengah segi itu,,
Tak pernah Si Tengah sangka adanya tiga segi itu,,
Dan Si Tengah sebenarnya tidak ingin lama berada di tengah-tengah itu,,
Ada diantara tiga segi itu fikir akan keadaan Si Tengah?
Dikalangan segi tiga pun sebenarnya tidak tahu yang cintanya suda menjadi bersegi,,
Sangkanya hanya dua,, dua titik yang bersambung hingga mewujudkan 1 garisan lurus,,
Yang dulunya kelihatan lurus dan ringkas di mata,,
Namun di belakangnya wujud sebenarnya titik yang ketiga sehingga wujudnya tiga segi dan siapa sangka ada juga titik yang lebih besar di tengah segi tiga itu..
Hitam titik yang ditengah itu,,
Pekat..
Likat..
Kerana
Hati Si Tengah semakin beku,,
Kepala Si Tengah semakin tepu,,
Lidah Si Tengah semakin kelu,,
Dan nyata dosa Si Tengah semakin membuku..
Wahai Si Tengah,,
Dirimu menyimpan seribu rahsia,,
Rahsia yang entah bila akan kau perjuangkan,,
Perjuangan yang nyata tidak membawa makna bagi mu,,
Aku tahu hati mu tidak kuat,,
Aku tahu diri mu dah penat,,
Lepaskan diri mu Si Tengah,,
Keluarlah dari segi tiga itu,,
Yang nyata tidak perlu segi tiga kerana yang perlu hanyalah garis lurus..
Aku tahu kau mampu,,
Kau mampu memutuskan segi tiga itu,,
Hapuskan satu titik dari segi tiga itu dan biarkan ia menjadi lurus,,
Kerana itu lebih mudah dan ringkas..
Namun,,
Andai tidak mampu kau memutuskannya,,
Aku mahu kau lompat, terbang atau bolos saja segi tiga itu,,
Keluarlah engkau dari segi tiga itu..
Pergi jauh,,
Jangan di endah,,
Pergi saja,,
Cukup sudah..
Kerana di kalangan segi tiga itu,,
Ada yang menghianati,,
Yang tidak mampu menetapkan hati,,
Hingga tergamak mewujudkan satu titik dan mengkhianati satu hati..
Si Tengah,,
Andai saja kau bisa menjerit kuat kepada tiga segi itu,,
Jerit kepada 1 titik bahawa dia bodoh dan sedang di khianati,,
Jerit kepada 1 titik bahawa dia kejam hingga bisa mengkhianati,,
Jerit kepada 1 titik bahawa dia pemalang yang mewujudkan segi tiga,,
Jerit saja..
Tapi aku tahu,,
Tidak kau jerit kerana ia akan membawa malapetaka..
Tidak kau ucap kerana ia akan membuat ada hati yang murka..
Pergi Si Tengah,,
Tinggalkan Segi Tiga..
Abaikan..
Hiraukan..
Jangan jadikan kau Si Tengah yang tiada hati dan perasaan..
Sunday, March 2, 2014
Di Tengah Cinta Segi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ulasan:
Post a Comment