Siapa Dia PEREMPUAN?
PEREMPUAN
seorang yang nak kelihatan hebat, cantik, pandai dan bergaya bila berhadapan dengan bekas teman lelaki, bekas suami atau pesaingnya. Bila berada dalam keadaan yang tidak sempurna, dia akan sorok kan diri supaya tidak dilihat walaupun berada didalam kereta ketika itu.. *sorok bawah stereng pura2 ambil barang.
-Nia Milas bukan nama sebenar-
PEREMPUAN
bila bercinta or mula2 nak bercinta or bercinta untuk main kayu tiga akan cuba elak2 untuk berjumpa si lelaki itu kerana konon cakap malas, malu or sibuk. tapi hakikatnya tak nak jumpa dulu takut hati jatuh sayang dan tidak ingin dilepaskan lagi.
- Siti Zikri bukan nama sebenar-
PEREMPUAN
bila dah bercinta cakap NOT IN RELATIONSHIP kat kawan2 dan cakap dia dengan lelaki tu teman biasa je walaupun si lelaki dah lamar dan ajak declare. walhal dalam hari sayang si lelaki bagai nak mati tapi saje buat mahal supaya tak nampak sangat bila patah hati kelak.
- Ris Lailati bukan nama sebenar-
PEREMPUAN
nampak hubungan dengan pasangan macam dah goyah, untuk kelihatan diri kuat dan tidak ditinggalkan maka cepat2 cakap putus dekat pasangan agar kelihatan seperti tidak ditinggalkan tetapi meninggalkan. padahal yang paling boleh move on si lelaki dan dia masih terkenang dan tidak dapat melupakan.
-Sumilah bukan nama sebenar-
PEREMPUAN
bercinta mahu kelihatan sporting dan tidak kongkong pasangan. namun apa yang dilakukan tu sebenarnya bodoh dan merugikan. pasangan bersenag lenang dengan orang lain. dia hanya diam dan sabar kerana tidak mahu hubungan terputus di tengah jalan.
- Masmerah bukan nama sebenar-
PEREMPUAN
sentiasa memberi peluang kedua,,kadang2 tiga,, mungkin empat
- Juja bukan nama sebenar-
Sunday, March 2, 2014
AKU, KAU dan DIA... PEREMPUAN.
Dicatat oleh cik_nieza_zaidi di 7:01 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ulasan:
Post a Comment